Ini kerana, katanya, kenaikan harga diesel untuk kenderaan komersial selain untuk syarikat pengangkutan, sudah tentu akan menaikan kos operasi syarikat terbabit dan akhirnya pengguna akan terkesan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Memandangkan pengguna kenderaan persendirian yang menggunakan diesel adalah rendah berbanding petrol, adalah wajar kerajaan menyediakan kad prabayar diesel yang didaftarkan atas nama pemilik kenderaan persendirian yang mengunakan diesel.
“Kerajaan juga boleh menetapkan siling penggunaan bersubsidi untuk sebulan, contohnya 200 liter sebulan untuk seorang,” katanya di Georgetown pada Isnin
Menurut Shaik Faridhudheen, pelaksanaan kad prabayar bersubsidi juga boleh menjadi mekanisma untuk mengurangkan ketirisan dan penyeludupan.
Dalam pada itu, katanya, kenaikan cukai perkhidmatan (SST) daripada lima peratus ke lapan peratus juga akan menjadikan beban kewangan kepada pengguna akhir.