Permintaan dan harga kereta terpakai meningkat!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari The Star
Permintaan untuk kereta terpakai semakin meningkat sejak negara mula beralih kepada fasa endemik Covid-19 pada 1 April tahun ini.


Fasa endemik ini menyaksikan semua sekatan termasuk waktu operasi perniagaan dihapuskan, membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun memerangi wabak itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Jurujual Best Vision Motor Sdn Bhd Faizal Zahari berkata langkah itu turut membawa impak positif kepada pengedar kereta terpakai kerana harga kenderaan sedemikian meningkat.


“Secara purata, harga telah meningkat antara 20 peratus dan 30 peratus sejak April,” katanya ketika ditemuramah oleh akhbar Star.


Lelaki berusia 38 tahun itu berkata kebanyakan pengedar kereta terpakai di Johor Bahru menikmati perniagaan yang baik kerana lebih ramai orang membeli kereta terpakai.
 

gambar hiasan

 

Beliau berkata dua tahun pandemik Covid-19 menjejaskan pengeluaran kereta baharu kerana industri automotif di seluruh dunia menghadapi kekurangan cip untuk kenderaan baharu.


"Ini menyebabkan pembeli perlu menunggu lama untuk mendapatkan kereta baharu mereka, antara enam hingga 12 bulan," tambahnya.


Faizal berkata ini mendorong pelanggan, terutamanya bagi pembeli yang ingin membeli kereta untuk kali pertama.  Untuk pembelian kereta terpakai mereka boleh mendapatkannya dengan cepat dengan syarat permohonan pinjaman mereka diluluskan oleh pihak perbankan dengan kadar segera.


Beliau juga berkata bagi pemilik kereta sedia ada pula, mereka ingin menukar kepada model yang lebih besar dan golongan ini merangkumi 50 peratus daripada asas pelanggan syarikat.
 

gambar hiasan

 

Eksekutif jualan PP Beast Motor Daniel Choong berkata pada tahun 2020 dan 2021 mereka menyaksikan ramai pemilik kereta menjual kereta mereka kerana kesan negatif wabak itu.


Beliau berkata pemilik kenderaan sama ada memutuskan untuk menurun taraf dari kereta yang besar kepada model sederhana atau lebih kecil dalam tempoh itu, atau menjual kereta mereka yang lain dan mengekalkan hanya dengan sebuah kereta sahaja.


“Pasaran tempatan perlahan-lahan bertambah baik dan kini harga kereta terpakai telah meningkat di antara 10 peratus dan 15 peratus,” kata Choong, yang berusia 28 tahun.


Beliau turut berkata Honda dan Toyota kekal sebagai dua pilihan utama rakyat Malaysia yang membeli kereta terpakai, manakala BMW dan Volkswagen menjadi model yang dicari dalam segmen mewah.


"Kereta yang didaftarkan dari 2015 dan seterusnya serta mencatatkan perbatuan purata 10,000km atau ke bawah setiap tahun adalah paling laris."

 

gambar hiasan

 

Beliau berkata pembukaan sempadan antarabangsa negara tahun ini juga memberi impak positif kepada pengedar kereta terpakai di Johor Baru.


“Kebanyakan penduduk tempatan yang bekerja di Singapura, yang terperangkap di republik itu apabila sempadan antara kedua-dua negara ditutup, sudah kembali ke Johor Bahru.


“Kami telah melihat lebih ramai penduduk tempatan bekerja di Singapura membeli kereta daripada kami dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh dolar Singapura yang lebih kukuh,” kata Choong.


Beliau berkata lebih ramai pelanggan dari Batu Pahat, Kota Tinggi dan Muar membeli kereta terpakai daripada pengedar di Johor Bahru kerana terdapat pilihan yang lebih luas berbanding dengan yang terdapat di tiga daerah tersebut.

 

 

 

The Star
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Domestik
Para pemilik model kereta terpakai bertauliah daripada portfolio BMW Premium Selection kini dapat…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke…