Permintaan kurang, Honda henti jual NSX di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, Honda Jepun telah pun mengumumkan untuk menamatkan produksi kereta sports kei Honda S660 yang dijadualkan pada Mac 2022, dan ia kemudian diikuti dengan sebuah lagi berita (yang tidak mengejutkan) - penamatan penjualan Honda NSX.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan daripada laman web automotif Jepun Car Watch, Honda Jepun telah pun menghentikan penjualan model supercar itu disebabkan permintaan yang semakin menurun, dan kelibat model ini disenaraikan di laman web rasmi sebagai "tidak lagi dijual".

Pun begitu, Honda mengesahkan penamatan penjualan Honda NSX ini hanyalah terpakai untuk pasaran Jepun, manakala produksi supercar itu masih lagi tetap berjalan seperti biasa.

Walaupun Honda Jepun tidak lagi menjual secara rasmi Honda NSX, sesetengah pengedar menawarkan model tersebut menggunakan perkhidmatan berasaskan langganan (subscription).

Sementara itu di luar pasaran Jepun, Honda NSX bukanlah satu pilihan yang popular di kalangan para peminat kenderaan berprestasi tinggi, memandangkan angka jualan NSX hanyalah sekitar 128 unit untuk tahun 2020, berbanding Audi R8 (538 unit) dan Mercedes-AMG GT (2,400 unit).

Malah, BMW i8 yang sudah dihentikan produksi itu jauh mengatasi angka jualan NSX dengan kelebihan 64 unit!


Sumber: Car Watch

Berita Berkenaan

Berita Global
  Honda WR-V Z+ Special Edition Black Style   Dibawa dari India dan diperkenal pada November…
Berita Global
  Terbaru Honda memperkenal CBR250RR 2025 untuk pasaran Jepun. Model 2025 hanya melibatkan warna…
Berita Global
Honda Rebel 250 S Edition E-Clutch   Secara ringkas, teknologi E-Clutch mengawal cekam secara…