Permintaan menurun, Mazda6 tidak lagi dijual di UK

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model segmen D telah pun berkubur di pasaran United Kingdom, iaitu Mazda6.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Autocar, Mazda UK mengesahkan penjualan model Mazda6 telah pun dihentikan, dengan memberikan alasan prestasi jualan yang semakin merudum.
 

mazda6


Disebabkan kecenderungan pelanggan yang lebih mengutamakan kenderaan genre SUV, pihak Mazda UK membuat keputusan untuk memberikan fokus kepada model sedia ada iaitu Mazda CX-5, CX-60 PHEV serta model CX-60 versi diesel yang bakal dilancarkan kelak.

Laporan itu diperkuatkan lagi dengan data yang diperoleh daripada analisis industri Jato Dynamics, di mana Mazda sekadar menjual 4,865 unit di benua Eropah pada tahun 2021, dengan penurunan sebanyak 28 peratus berbanding tahun 2020.

Sehingga November 2022, Mazda6 hanya terjual sebanyak 4,104 unit sahaja.
 

CX-60


Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama sehingga November 2022, Mazda telah berjaya menjual 32,636 unit CX-30, 27,828 unit CX-5 dan 8,162 unit CX-60 yang baharu sahaja dilancarkan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…