Permintaan merudum, Toyota henti jual Camry di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota Corolla, sedan Toyota Camry merupakan salah satu model yang paling popular, dengan lebih 600,000 unit telah terjual di pasaran global saban tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sayang sekali, dengan permintaan terhadap sedan segmen D itu tidak begitu  memberangsangkan di tanah air sendiri, keadaan ini memaksa Toyota untuk menghentikan penjualan dan produksi Toyota Camry selepas tempoh 43 tahun, menurut laporan Nikkei Asia.

Ini kerana di Jepun sendiri rata-rata pelanggan Toyota lebih menggemari bentuk badan SUV dan crossover berbanding bentuk badan sedan.
 

Camry


Ini menjadikan Camry sebagai model sedan terbaharu yang dihentikan penjualannya di Jepun selepas Honda Legend dan Nissan Fuga disebabkan prestasi jualan yang merudum.

Namun begitu, Toyota akan terus menjual model Camry di lebih 100 buah negara di mana permintaan terhadap sedan itu masih lagi tinggi.

Sejak dilancarkan pada tahun 1980, Toyota telah menghasilkan lebih daripada 21 juta unit Camry di seluruh dunia sehingga kini.
 

camry


Pasaran Amerika Syarikat kekal menjadi lokasi utama yang menyumbang kepada jumlah jualan yang besar, dengan 13 juta unit Camry terjual sejak dari tahun 1982.

Toyota Camry kini sudah pun memasuki generasi kelapan yang telah muncul sejak dari tahun 2017, sementara Camry versi facelift telah pun muncul di pasaran Malaysia pada tahun 2022.

Baca: PM Malaysia selesa guna Toyota Camry

 

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Informasi
Untuk makluman, Toyota Camry sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 1979 menerusi…