Permintaan tinggi, BMW terpaksa tingkatkan kapasiti pengeluaran M3 Touring

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pasaran dalam dunia yang menerima kehadiran jentera pantas BMW M3 Touring secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun ditawarkan di beberapa buah negara sahaja di Eropah, permintaan yang tinggi menyebabkan BMW kini terpaksa meningkatkan kapasiti produksi di fasiliti Munich untuk memenuhi keperluan tersebut.

Menurut laporan Bimmer Today, CEO BMW M Frank van Meel meluahkan rasa terkejut dengan sambutan yang diterima sejak BMW M3 Touring dilancarkan pada tahun lepas di Goodwood Festival of Speed.

Pengeluar itu juga turut melakukan perubahan pada fasiliti Munich dalam usaha untuk memenuhi permintaan yang menggalakkan itu.
 

BMW M3


Biarpun dengan kapasiti produksi yang telah dipertingkatkan, ia tidak dapat menampung jumlah tempahan yang mendatang, dan ini bermakna para pelanggan terpaksa menunggu untuk tempoh yang lebih lama.

Mengikut spesifikasi, BMW M3 Touring dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan sahaja.

Tidak menghairankan apabila ia kekal menjadi satu pilihan yang ideal untuk ketua keluarga yang mahukan sebuah kereta pantas dan praktikal dalam masa yang sama.

Baca: BMW M3 Touring 2023

Sumber: Bimmer Today menerusi Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…
MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…