Permintaan tinggi, Honda tutup sementara tempahan Civic Type R di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jepun dilapor menutup sementara tempahan bagi model hot hatch Honda Civic Type R FL5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik serta masalah kelewatan logistik yang dialami.

Selain daripada itu, kadar permintaan yang sangat tinggi di kalangan para peminatnya menyebabkan Honda terpaksa mengambil langkah drastik tersebut.
 

FL5


Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman web rasmi Honda Civic Type R di pasaran Jepun.

“Untuk memastikan penghantaran Civic Type R kepada pelanggan yang sudah meletakkan tempahan berjalan lancar, kami terpaksa menghentikan sementara pengambilan tempahan baru. Kami akan memaklumkan semula apabila tempahan dibuka kembali, dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang mahu menempah Civic Type R."

 

FL5


Semenjak dilancarkan di Jepun, hot hatch ini mendapat sambutan hangat di mana Honda telah menerima jumlah tempahan yang agak besar untuk model Civic Type R generasi baharu itu.

Sebelum ini, Careta pernah melaporkan pelanggan di Jepun terpaksa menunggu sekurang-kurangnya enam bulan disebabkan kapasiti pengeluaran Civic Type R di kilang Saitama hanyalah sekitar 400 unit sahaja untuk tempoh sebulan.

Untuk makluman, harga jualan Honda Civic Type R di Jepun bermula dari 4,997,300 yen.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen…
Berita Global
Menariknya, hatchback Civic RS Prototype ini bakal ditawarkan secara rasmi di pasaran Jepun pada…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…