Perodua Alza 2022 - platform DNGA, tiga varian, ASA 3.0 standard, dari RM62k

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model terbaharu Perodua, sebuah MPV tiga baris tempat duduk Alza generasi baharu menggantikan model terdahulu yang telah terjual sejak 12 tahun yang lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), pelantar yang sama digunakan pada Perodua Ativa, serta berkongsi platform dengan model Toyota Avanza, Toyota Veloz serta Daihatsu Xenia yang telah pun dijual di beberapa negara Asia Tenggara.
 

Alza


Seperti pendekatan yang digunakan sebelum ini, Perodua telah mengubah sedikit aspek kosmetik luaran Alza baharu ini dengan menampilkan unit lampu baharu, rekaan jeriji hadapan dengan elemen L, bampar agresif, serta spoiler bumbung di bahagian belakang.

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu X, H dan AV, namun ketiga-tiga varian ini masing-masing dilengkapi dengan nadi yang sama, iaitu enjin empat silinder sebaris 1.5 liter Dual VVT-i (kod 2NR-VE).
 

Alza


Tidak lagi menggunakan kotak gear automatik empat kelajuan, Perodua Alza kini menampilkan padanan transmisi D-CVT yang sama digunakan pada model Myvi facelift.

Secara asasnya, Alza 2022 mampu menjana kuasa setinggi 104.6 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 138 Nm @ 4,200 rpm, dan mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api 22 km/liter (4.5 liter/100 km).

Dari segi ukuran, Alza baharu membawakan dimensi sepanjang 4,425 mm, lebar 1,730 mm, tinggi 1,670 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm, sementara jarak kelegaan tanah adalah setinggi 160 mm.
 

Alza


Ruang kargo mampu memuatkan sehingga 137 liter apabila ketiga-tiga baris kerusi ditegakkan, namun dengan kerusi baris ketiga yang dilipat dengan nisbah 50:50, pemilik boleh memuatkan barangan sehingga 498 liter. Jauh lebih besar berbanding Alza terdahulu.

Secara standard, Alza baharu didatangkan dengan ciri seperti rim 15 inci, lampu utama LED dengan ciri follow-me home, cermin sisi boleh laras dengan lipatan manual, lampu membelok LED, spoiler bumbung, kawalan iklim digital, skrin paparan informasi LCD 4.2 inci, serta corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Sementara dua varian tertinggi pula H dan AV pula mendapat tambahan ciri seperti rim 16 inci dengan balutan tayar 195/60 R16, tiga mod pemanduan (ECO, Normal, Power), lampu isyarat membelok jenis sekuential di hadapan, cermin sisi boleh lipat automatik, skrin MID TFT tujuh inci berwarna, skrin infotainmen Display Audio bersaiz sembilan inci dengan sokongan Android Auto, sementara sokongan Apple CarPlay akan ditawarkan kemudian.
 

alza


Spesifik untuk varian AV adalah penawaran warna dalaman dua tona yang boleh dilihat pada bahagian papan pemuka serta panel pintu, tempat duduk balutan kulit separa dan brek parkir elektronik (EPB) yang muncul buat kali pertama untuk sebuah Perodua.

Sama seperti penawaran Ativa, Perodua kini melengkapkan ciri keselamatan yang lebih menyeluruh untuk semua varian Alza.
 

Alza


Bermula dari varian Alza X, ia dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Kestabilan Kenderaan, cagak ISOFIX, ciri keselamatan ASA 3.0 yang merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Salah Operasi Pedal, dan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan, serta tambahan ciri Pengelakan Keluar Lorong (LDP) dan Amaran Keluar Lorong (LDW).

Varian Alza 1.5L H pula mendapat tambahan ciri Adaptive Driving Beam (ADB), sementara varian Alza 1.5L AV pula lebih lengkap dengan ciri seperti sistem kamera 360 darjah, Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Pengekalan Lorong (LKC), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), serta Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan bermula dari RM62,500 hingga RM75,500 untuk varian 1.5L AV.

 

Perodua Alza X

 

Perodua Alza H

 

Perodua Alza GearUp

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perodua Alza baharu kini boleh dikatakan sebagai MPV paling laris di Malaysia yang menepati ciri…
Berita Domestik
  "Kami dapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan…
Berita Domestik
  “Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini. Faktor pertama…