Perodua Alza baharu terlibat kemalangan selepas 2 jam diambil dari pengedar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah Perodua Alza yang baru sahaja 2 jam diambil dari pengedar terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perodua Alza baharu kini boleh dikatakan sebagai MPV paling laris di Malaysia yang menepati ciri dan fungsi untuk sebuah keluarga besar.

Lihat sahaja dari segi jualan, mereka yang mahu membeli Alza baharu perlu menunggu sekurang-kurangnya selama enam  hingga lapan bulan untuk mendapatkannya, terutama bagi varian AV.

Sama seperti dikongsikan oleh pemilik Alza yang terlibat kemalangan itu, Ea Sya, dimana dia telah menunggu selama lapan bulan sebelum mendapatkan Alza tersebut.

 

2

 

Menurut pemiliknya, detik manis yang bertukar tragedi itu berlaku selepas 2 jam kereta tersebut diambil dari pengedar.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Alza tersebut telah dilanggar dari belakang, dimana ia telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian depan dan belakang.

Pastinya kejadian yang tidak diingini itu merupakan perkara terakhir yang terlintas di fikiran untuk berlaku, terutamanya apabila keterujaan menunggu selama 8 bulan berakhir dengan tragedi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kami dapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan…
Berita Domestik
  “Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini. Faktor pertama…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Alza baharu memperoleh skor setinggi 81.64, dan merupakan model keempat yang…