Perodua Alza generasi baharu (D27A) bakal muncul tahun ini - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran Perodua Ativa, kini ramai peminat Perodua menantikan kehadiran MPV generasi baharu Perodua Alza di mana generasi pertama sudah pun terlalu lama berada di pasaran tanpa perubahan yang besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia ditambah lagi dengan berita terbaharu yang dilaporkan oleh rakan media, Paultan BM yang menyebut kehadiran model generasi baharu itu yang dijangka tiba menjelang akhir tahun ini.

Vendor Perodua, Sapura Industrial Berhad (SIB) memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang membangunkan komponen untuk MPV berkod D27A itu.

 


Dalam laporan tahunan 2021 syarikat itu, Sapura juga turut diminta untuk membekalkan 'Case Differential Assembly' oleh Akashi Kikai Industri Malaysia - vendor Tier-1 - untuk transmisi kepada model Perodua yang dijangka memasuki produksi massa pada Disember 2021.

Secara tidak langsung, ia merupakan petunjuk besar terhadap kehadiran Perodua Alza generasi baharu sebagai pengganti kepada Alza sedia ada.

 


Sebelum ini, Careta telah melaporkan bahawa rakan teknikal Perodua, Daihatsu sedang membangunkan sebuah minivan (MPV) yang dijangka muncul pada Oktober tahun ini.

Berdasarkan laporan daripada BestCarWeb.jp, model minivan itu dijangka menampilkan trenkuasa hibrid dan berkongsi platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) yang sama digunakan pada model Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize.

 


Dari segi garis masa, ia dilihat bertepatan dengan laporan terdahulu yang menyebut Perodua tidak akan melancarkan model Ativa versi hibrid, akan tetapi trenkuasa hibrid itu bakal muncul pada model baharu yang akan datang.

Adakah ini bermakna Perodua Alza merupakan model Perodua pertama yang menampilkan trenkuasa hibrid? Sama-sama kita nantikan perkembangan terkini syarikat itu kelak.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 23…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…