Perodua Ativa Hybrid - 10 perkara yang anda perlu tahu

oleh Mohamad Hanif|
Desas-desus kehadiran Perodua Ativa versi hibrid telah pun disahkan sendiri oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin di mana unit import CBU dari Jepun itu bakal ditawarkan secara rasmi di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan rakan media Paultan, Ativa Hybrid (yang merupakan versi tukar lencana daripada Daihatsu Rocky Hybrid) itu hanya akan dibawa masuk sebanyak 300 unit sahaja untuk permulaan bagi tujuan kajian dan penilaian.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu berkenaan Ativa Hybrid:
 

Ativa


1. Ativa Hybrid tidak akan dijual, sebaliknya ia akan ditawarkan menerusi program langganan.

2. Untuk melanggan, anda perlu membayar bayaran muka sebanyak RM2,150 diikuti ansuran bulanan sebanyak RM500.

3. Harga yang telah ditetapkan itu akan turut merangkumi kos insurans, cukai jalan dan juga penyelenggaraan.

4. Dengan menyertai program ini, anda tidak akan menjadi pemilik Ativa Hybrid, memandangkan selepas tempoh lima tahun kereta tersebut perlu dipulangkan semula kepada Perodua.
 

Rockyu


5. Tempoh yang ditetapkan oleh program ini adalah selama lima tahun dengan had jarak perbatuan 100,000 km.

6. Setiap Ativa Hybrid akan dipasang dengan sistem telematik GPS bertujuan untuk membolehkan Perodua mengkaji dan menilai corak penggunaan dan pemanduan.

7. Tidak semua cawangan pengedar Perodua terlibat. Hanya untuk pelanggan di Lembah Klang, dua cawangan di bahagian utara, dan dua lagi untuk bahagian selatan.

8. Perodua nampaknya telah pun menghantar SMS serta borang kaji selidik kepada pihak yang berminat, namun perincian berhubung program ini hanya akan diumumkan kelak.
 

Rocky


9. Di Jepun, Daihatsu Rocky Hybrid didatangkan dengan trenkuasa e-Smart Hybrid yang terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris WA-VEX 1.2 liter NA (102 hp/105 Nm), dipadankan dengan motor elektrik 106 hp/170 Nm, serta pek bateri 4.3 Ah.

10. Sistem e-SMART HYBRID ini berfungsi macam Nissan e-Power, enjin hanya digunakan untuk mengecas pek bateri dan motor elektrik, dengan penggunaan bahan api serendah 3.57 liter untuk setiap 100 km.

Berminat?

Baca: Daihatsu Rocky e-SMART HYBRID

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara aspek yang dikaji termasuklah memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan di tiga lokasi…
Berita Domestik
Kehadiran model ujian tersebut turut disahkan sendiri oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal…