Perodua Axia 2023 dapat 4 bintang ASEAN NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perodua sebentar tadi baru sahaja menjalankan sesi pandu uji untuk media bagi model Axia 2023 yang kini didatangkan serba baharu dengan pelbagai naik taraf, terutamanya penggunaan platform DNGA.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan dari ASEAN NCAP menunjukkan bahawa Perodua Axia 2023 telah menerima penarafan 4 bintang dalam ujian penilaian kemalangan yang telah dilakukan.

 

2

 

Perodua kalini bukan sahaja mendatangkan naik taraf rupa semata-mata , Axia baharu itu kini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri bantuan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) dimana perinciannya akan diumumkan kelak.

Di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, kereta akan diuji berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

 

3

 

Perodua Axia 2023 telah menerima skor keseluruhan sebanyak 73.55, berikut merupakan kategori markah yang diterima Axia 2023:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 32.06 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 17.03 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 15.71 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 8.75 mata 20 mata keseluruhan

Dengan protokol ASEAN NCAP yang semakin ketat, Axia 2023 memperoleh skor keseluruhan 73.55 dan melayakkannya untuk menerima penarafan 4 bintang ASEAN NCAP, tentu sekali satu pencapaian dan naik taraf terbaik dari Perodua.

 

Sumber: ASEAN NCAP

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…
Telah Diuji
Berdasarkan semakan di media sosial Careta, tidak kurang ramai juga yang menyambut baik kehadiran…