Perodua Bakal Hasilkan EV Paling Laris Malaysia? Bergantung Lampu Hijau Jepun

oleh Qalif Latif|
Kita semua tahu Myvi adalah “raja jalanan” di Malaysia tapi bayangkan kalau versi EV pula bakal jadi model elektrik paling laris negara? Itu kemungkinan yang semakin hampir jadi kenyataan… dengan syarat Jepun bagi lampu hijau untuk eksport.

Dalam artikel terbaru yang ditulis oleh wartawan veteran automotif, Yamin Vong, beliau melihat Perodua sebagai harapan terbaik untuk membantu Malaysia kurangkan defisit perdagangan automotif yang semakin melebar terutama bila syarikat China seperti BYD dan GWM dah kuat bertapak di Thailand dan Indonesia.

Kerajaan Dah Mula Langkah Serius

Baru-baru ni, kerajaan tubuhkan satu majlis khas – Council of Automotive Eminent Persons untuk fikirkan hala tuju baharu industri automotif Malaysia yang tertekan dengan isu geopolitik, pelaburan, dan persaingan serantau.

Majlis ini dijangka bentangkan cadangan rasmi menjelang Ogos 2025 termasuklah bab insentif pelaburan automotif, cukai eksais, dan bagaimana Malaysia boleh kekal relevan dalam perlumbaan EV Asia Tenggara.

Cukai Eksais Baru Makin Memberatkan?

Mulai Januari 2026, semua kereta pemasangan tempatan (CKD) bakal dikenakan cukai eksais baharu berdasarkan open market value. Kesan awal? Harga Perodua entry-level boleh naik sekitar RM500, manakala kereta Jerman boleh melambung RM30 ribu hampir setanding dengan model CBU.

Keadaan ini mungkin buat pengeluar jenama premium angkat kaki dari kilang tempatan dan terus import dari Thailand. Maka, sekali lagi kilang Malaysia rugi.

Perodua Dah Siap-Siap R&D Untuk EV Sendiri

Menariknya, bila kerajaan beri mandat kepada Perodua untuk hasilkan EV sendiri, rakan teknikal mereka iaitu Daihatsu beri kelonggaran kepada Perodua untuk cipta sendiri dari bawah termasuk gabungkan motor elektrik, bateri dan sistem kawalan elektronik dari sumber pasaran terbuka.

Kalau semua ikut jadual, EV pertama Perodua dijangka dilancarkan hujung tahun ini.

Malaysia Ada Kelebihan Tapi…

Malaysia memang ada kelebihan kita ada industri semikonduktor, elektronik, dan sumber nadir bumi. Tapi tanpa insentif yang kompetitif dan strategi eksport yang mantap, kita masih akan ketinggalan dari Thailand dan Indonesia.

Kalau Malaysia serius nak jadi hab automotif serantau, Perodua mungkin satu-satunya jenama tempatan yang cukup bersedia untuk bawa nama Malaysia ke luar dengan syarat, Jepun bagi izin untuk eksport.

Dengan nama Myvi dah kukuh sebagai model paling laris saban tahun, EV pertama Perodua ini mungkin bakal ulang sejarah tapi dalam bentuk elektrik.

Sumber:
Yamin Vong, “Perodua in the frame to make Malaysia’s best selling EV”Free Malaysia Today, 1 Julai 2025

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan The Edge, surat hasrat (LOI) itu ditandatangani antara Tan Chong Motor Assemblies…
Berita Domestik
Kerjasama dengan IPT     Sejak September 2022, Perodua telah bekerjasama dengan universiti…
Berita Domestik
Menariknya, pengunjung turut diberi peluang untuk merasai pengalaman simulasi pemanduan EV itu,…