Perodua catat prestasi jualan terbaik tahun 2022, peningkatan 48.2% dengan 282,019 unit

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Industri automotif tempatan tahun 2022 dilihat mampu memaksimumkan potensi untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam pelbagai aspek, seperti Perodua yang berjaya mencatat rekod prestasi terbaik setakat ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengeluaran kereta Perodua telah meningkat sebanyak 49.5% dengan 289,054 unit dihasilkan pada 2022 berbanding 193,400 unit pada tahun 2021.

Manakala jualan kereta Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 48.2% dengan 282,019 unit terjual berbanding 190,291 unit pada tahun 2021.

Servis selepas jualan Perodua juga mencatatkan jumlah peningkatan sebanyak 30% dengan pengambilan servis 2.6 juta kereta, berbanding 2.0 juta unit kereta pada tahun 2021.

 

alza

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Pencapaian ini juga merupakan komitmen bersama ekosistem tempatan kepada para pelanggan dan peranan kami bersama untuk memajukan industri ini,”

"tahun 2022 juga mempunyai cabarannya termasuk pemulihan ekosistem akibat daripada banjir besar, kekurangan pekerja akibat lonjakan kes Covid-19 di peringkat pembekal, kekurangan bekalan cip semikonduktor dan peningkatan mendadak harga bahan mentah."

Bagi tahun 2023, Perodua menyasarkan untuk memberi tumpuan terhadap pertumbuhan yang dicapai supaya dapat mengembangkan lagi kapasiti dan penghasilan kereta.

Dato’ Sri Zainal berkata, “Dalam merealisasikannya, kami berharap harga bahan mentah dan harga bahan api kekal terurus dan pada masa yang sama, kami juga berharap pertukaran mata wang asing serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri,”

 

myvi

 

"buat masa ini, sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaannya."

“Keutamaan kami adalah untuk menghantar kenderaan Perodua kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023.”

Perodua juga berkata bahawa syarikat itu akan terus memperkenalkan teknologi baharu di dalam produk dan perkhidmatannya pada masa hadapan serta melabur di dalam inovasi teknologi bagi operasinya.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…