Perodua D55L sah guna enjin 1.0 liter turbo!

oleh Mohamad Hanif|
Teka teki berkenaan enjin yang bakal menduduki perut SUV kedua Perodua akhirnya terjawab apabila CEO Perodua mengesahkan sendiri bahawa ia bakal menggunakan enjin 1.0 liter turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus memadamkan tekaan sesetengah pihak yang mendakwa Perodua akan terus menggunakan enjin 1.5 liter sedia ada untuk SUV Perodua D55L ini. 

SUV kedua selepas Perodua Aruz ini dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut sama menghasilkan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di pasaran Jepun.

Mengikut spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky, kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140 Nm.

Dikhabarkan sebagai menggantikan Perodua Kembara, Perodua D55L ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan saingan kepada beberapa model baharu di dalam segmen yang serupa. 

Perodua D55L akan diposisikan di bawah julat harga Perodua Aruz. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Maklumat ini tertiris dalam bentuk brosur produk yang mendedahkan nama sebenar, tagline, serta…
Berita Domestik
Spesifikasi ramalan adalah seperti berikut: 1.0 X lampu utama automatik LED rim aloi 16 inci tayar…
Berita Domestik
Memetik daripada laporan rakan media Paultan, Perodua D55L yang masih sarat dengan pelekat samaran…