Perodua dijangka kekal kuasai pasaran tempatan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) berkata bahawa Perodua bersedia untuk menguasai 44 peratus daripada jumlah bahagian pasaran volum industri dengan kadar tempatan tertinggi yang boleh menyebabkan harga kenderaan pemasangan tempatan meningkat sebanyak 10 peratus hingga 30 peratus.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

"Selain itu, Perodua akan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu yang menarik iaitu Perodua hibrid, Perodua EV (kenderaan elektrik) dan Perodua Myvi serba baharu, pendapatan isi rumah lebih tinggi, kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024, gaji minimum lebih tinggi mulai Februari 2025 dan pasaran buruh yang stabil," katanya dalam nota penyelidikan pada Isnin.

Bagaimanapun, Kenanga IB berkata, ia tidak sama untuk segmen premium kerana pelanggan sasarannya, kumpulan M40 dan T15 mungkin tidak membeli kereta baharu, dijangka beralih kepada kereta bersaiz lebih kecil atau bertukar kepada kenderaan hibrid dan elektrik (EV) untuk mengurangkan bil bahan api susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

"Pada masa sama, bil isi rumah juga akan terjejas oleh kos bahan api lebih tinggi serta jangkaan kenaikan 14 peratus dalam tarif asas untuk penggunaan lebih tinggi yang boleh mendorong pengguna untuk beralih kepada panel solar seterusnya meningkatkan permintaan untuk EV bagi menyalurkan lebihan elektrik grid, pada asasnya adalah percuma.

"Selain itu, kos penyelenggaraan rutin EV jauh lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman disebabkan oleh pengurangan berlaku alat ganti haus dan lusuh," katanya.

Kenanga IB mengekalkan penarafan 'wajaran tinggi' untuk sektor automotif dengan MBM Resources yang diberikan saranan 'prestasi tinggi' pada harga sasaran RM6.90 dan Hong Leong Industries yang turut mendapat saranan 'prestasi tinggi' pada harga sasaran RM15.90 menjadi saham pilihan bagi sektor ini.

"Syarikat-syarikat ini adalah proksi kepada pasaran kenderaan mampu milik dan program rasionalisasi subsidi bahan api, selain menawarkan hasil dividen menarik, masing-masing kira-kira lapan peratus dan lima peratus," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama dengan IPT     Sejak September 2022, Perodua telah bekerjasama dengan universiti…
Berita Domestik
Menariknya, pengunjung turut diberi peluang untuk merasai pengalaman simulasi pemanduan EV itu,…
Informasi
Dalam kenyataannya pada Rabu, MCE berkata kejayaan meraih kontrak itu dapat mengukuhkan…