Perodua giatkan keselamatan perjalanan ke tempat kerja dengan bantuan PERKESO

oleh SALINA JALIL|
Perodua menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menggiatkan lagi keselamatan untuk 8,500 kakitangannya yang berulang-alik ke dan dari Ibu Pejabatnya di Sungai Choh.


Perodua telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Kempen ‘Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja’ Peringkat Kebangsaan PERKESO 2019 yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg Dato’ Amir Omar, Ketua Eksekutif PERKESO YBhg Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad pada petang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Perodua telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya jangka-panjang kami. Setelah mengadakan banyak aktiviti kesedaran untuk kakitangan kami, kami percaya bahawa kami kini bersedia untuk ke peringkat seterusnya iaitu Kiken Yochi, di mana kakitangan kami akan dididik mengenai cara-cara meramal bahaya,” kata Dato’ Zainal.

 

Pada pagi tadi sebelum majlis pelancaran, jurulatih PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Vision Zero’ kepada kira-kira 150 kakitangan Perodua, termasuk 40 jurulatih dalamannya, meliputi topik seperti Kiken Yochi, memandu dengan berhati-hati dan kepentingan memeriksa kenderaan dari semasa ke semasa.


 

 

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin turut memberi ceramah mengenai peraturan jalan raya dan kesedaran mengenai keselamatan.

 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana telah berkongsi banyak pedoman dan pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan jalan raya, yang akan kami terapkan ke dalam silibus Keselamatan Jalan Raya Perodua. Kami berhasrat untuk menyebarkan maklumat dalam silibus ini kepada semua kakitangan Ibu Pejabat kami dalam tempoh dua tahun,” kata Dato’ Zainal.

 

“Sebagai pengeluar kenderaan yang terbesar di Malaysia dan antara majikan terbesar di Selangor, Perodua percaya bahawa ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan kemalangan perjalanan ke tempat kerja. Kami benar-benar komited terhadap keselamatan dan berharap usaha kami boleh menjadi contoh kepada negara.

 

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sangat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya, pelanggan dan masyarakat, kerana kami percaya keselamatan itu hak semua,” katanya.

 

Syabas Perodua kerana sentiasa memandang ke hadapan dan mementingkan keselamatan para pekerjanya!
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…