Perodua Kelisa masih laku dan berharga tinggi!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sekiranya anda mencari sebuah kereta yang tahan lasak, penggunaan bahan api yang menjimatkan serta mudah diselenggara, Perodua Kelisa lah jawapannya.


Kerana itu ramai peminat kereta masih mencari-cari Perodua Kelisa walaupun telah berusia lebih dari 20 tahun!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Artikel dari Kosmo menyatakan bahawa ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘keras’ dan jarang ditemui di kedai kereta terpakai.


Careta sendiri telah menyemak harga pasaran bagi Perodua Kelisa dan kami dapati ia semakin tinggi sehingga mencecah RM18,000 dan harga yang paling rendah ditemui adalah RM9,500 untuk varian manual di platform mudah.com.


Kondisi kereta yang terkenal dengan jolokan "Mini Minor Malaysia" yang ditawarkan dengan harga rendah pula, anda perlu bersedia untuk memperbaikinya serta mengecatnya semula.
  


Tinjauan dari Kosmo di kelab sosial kereta di ruang komen peminat kereta tersebut mendakwa harga kereta itu kini semakin mahal kerana ia sangat efisyen untuk pemanduan sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung.


Menurut mereka, Kelisa adalah sebuah kereta yang menjimatkan penggunaan bahan api, mudah di parkir, mudah mendapat alat ganti yang berpatutan harga serta binaan ‘badan’ kereta yang kelihatan lebih tegap dan kukuh berbanding model gantiannya sama ada Perodua Viva mahupun Perodua Axia.

 

Selain itu penggantian alat ganti senang diperolehi, harga yang berbaloi serta kebanyakan kedai potong (halfcut) masih menjualnya.
 

gambar dari Automotive Database

 

Sedikit informasi tentang  Perodua Kelisa, ia telah dilancarkan pada 2001 bagi menggantikan Perodua Kancil sebelum digantikan dengan Perodua Viva pada tahun 2007.

 

Harga semasa pelancaran adalah di antara RM37,000 sehingga RMRM41,000.


Ia adalah generasi kelima Daihatsu Mira (L700) dan didatangkan dengan tiga varian, EX, GX dan EZ. Kelisa juga telah melalui beberapa fasa facelift sebelum digantikan dengan Viva.


Dari segi enjin, ia didatangkan dengan enjin tiga silinder,  varian EX didatangkan dengan kapasiti 850cc, GX dan EZ pula dengan enjin 1000cc. Bagi varian tertinggi, kuasa kuda yang dihasilkan adalah 56hp dengan kelajuan maksima adalah 140km/j. Daya pecutan 0-100km adalah dalam masa 14.8 saat. 


Sekiranya anda memiliki sebuah Kelisa, pastikan anda menyimpannya kerana tidak rugi memilikinya kerana ia masih lagi relevan, ranggi serta 'menyengat' di jalan raya Malaysia!

 

 

 

Kosmo
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Perodua Kelisa atau nama panggilannya "Wheely" telah menjadi kereta dan saksi pengembaraan dua…
Berita Domestik
  Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebuah kereta Perodua Myvi turut disita kerana gagal…