Perodua Kelisa - pilihan untuk kereta kedua yang tahan lasak!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Kelisa dua tona warna ini mungkin boleh memberikan inspirasi kepada anda, bahawa ia masih lagi mampu untuk menjadi kereta kedua yang murah, jimat bahan api, mudah diselenggara, tahan lasak dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta telah berjumpa sendiri dengan pemilik Kelisa yang sangat syantik, err maaf cantik ini, Syaiful Bahari Ahmad, berusia 37 tahun dan berasal dari Johor ini. 
 


Memandangkan kereta ini sendiri sudah pun berusia, bahagian luaran Kelisa ini telah dicat semula dengan warna dua tona supaya ia tampak lebih malar segar, manakala untuk ruang dalaman pula Syaiful masih mengekalkan spesifikasi asal.

Ruangan arca roda pula dihiasi dengan empat buah rim yang diambil daripada Perodua Myvi. 
 


Ketika ditanya berkenaan masalah biasa yang dihadapi oleh Kelisa ini, Syaiful menjelaskan para pemilik perlu memeriksa kembali getah yang digunakan pada head cover yang mampu menyebabkan kebocoran minyak hitam. 

Masalah ini merupakan isu lazim yang selalu dilaporkan oleh para pemilik dan juga pomen bengkel, dan beliau menyeru supaya bahagian tersebut diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. 
 


Dengan kos pembaikan dan restorasi keseluruhan berjumlah RM6,000, Syaiful kini berpuas hati dengan Kelisa 'baharu' beliau ini. 

Menggunakan Perodua Kelisa sebagai kereta kedua dan pengangkutan seharian untuk ke tempat kerja, Syaiful tidak mengadu sebarang masalah besar yang dialami sepanjang beliau memandu kereta ini. 
 


"Apa yang penting adalah penjagaan rutin yang perlu dibuat oleh para pemilik bagi memastikan kereta ini mampu berjalan untuk tempoh 10 tahun lagi!" ujar beliau mengakhiri sesi fotografi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perodua Kelisa atau nama panggilannya "Wheely" telah menjadi kereta dan saksi pengembaraan dua…
Informasi
  Artikel dari Kosmo menyatakan bahawa ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua…
Berita Domestik
  Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebuah kereta Perodua Myvi turut disita kerana gagal…