Ruzina Binti Mustapa@Kamal Basri merupakan seorang guru yang menjadi pelanggan pertama Perodua KL dengan membeli sebuah kereta terpakai iaitu Perodua Axia.
“Saya mahukan kereta yang boleh menawarkan penjimatan bahan api yang baik. Selepas puas mencari, saya dapati Perodua Axia merupakan kenderaan yang terbaik buat saya dan keluarga” kata Ruzina.
Menurut Ruzina lagi, pertama kali beliau meninjau Perodua Axia milik beliau itu, beliau sangat terkejut kerana kenderaan tersebut sangat mantap dan nampak seakan-akan kereta baharu.
“Dengan harga yang dibayar, saya sangat berpuas hati. Membeli kereta terpakai dari pengedar yang dipercayai dan paling seronok, ia datang dengan waranti selama 18 bulan, memang berbaloi” kata Ruzina.
Selain daripada kenderaan baharu, Perodua KL turut menawarkan kenderaan terpakai Perodua yang telah diiktiraf dan diperiksa dengan teliti oleh juruteknik dari pusat servis Perodua. Dalam masa yang sama, Perodua KL turut menerima kereta "trade-in" dari mana-mana jenama automotif yang lain.
Kepada anda yang hendak memiliki kenderaan Perodua yang baharu atau terpakai, anda boleh ke Perodua KL yang terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.