Perodua Myvi 2022 facelift - ciri ASA 3.0, pemanduan autonomi Tahap 2 bawah julat RM60k!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua baharu sahaja melancarkan versi facelift kepada Perodua Myvi (dengan kod nama D15A) yang kini membawakan kemaskini terhadap penampilan dan juga spesifikasi yang lebih menyeluruh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang telah diperlihatkan sebelum ini, Perodua Myvi 2022 ini membawakan beberapa perubahan seperti contoh unit lampu utama LED baharu, gril dan bampar hadapan rekaan baharu, kehadiran lampu nyalaan siang DRL, serta kemasan hitam pada cermin sisi.

Rekaan bampar belakang juga turut mengikuti tema yang dibawakan pada bampar depan, menjadikan rupa paras Myvi kini lebih segar.
 

Myvi 2022


Untuk ruang kabin, Perodua telah mendatangkan kemasan merah pada corong pendingin hawa, roda stereng serta unit infotainmen bersaiz 6.9 inci yang datangnya daripada Perodua Ativa.

Masih mengekalkan penawaran enjin 1.3 liter dan 1.5 liter, Perodua nampaknya membawakan transmisi baharu D-CVT (Dual Mode CVT) bagi menggantikan kotak gear automatik yang terdahulu.

Transmisi D-CVT ini menjanjikan pecutan 20 peratus lebih cepat, serta penjimatan lima peratus penggunaan bahan api (22.2 km/liter).
 

Myvi


Selain daripada itu, Perodua Myvi kini dilengkapi secara standard (kecuali model asas 1.3L G) dengan ciri Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang merangkumi ASA 3.0 (amaran pra-pelanggaran, brek pra-pelanggaran, amaran pergerakan kenderaan depan, kawalan salah operasi pedal), serta tambahan ciri kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, kawalan pengekalan lorong, sistem pemantauan titik buta, dan amaran lintasan trafik belakang untuk varian tertinggi.

Ini sekaligus menjadikan Perodua Myvi salah satu model di bawah julat harga RM60,000 yang lengkap ditawarkan dengan teknologi pemanduan autonomi Tahap 2!
 

Myvi 2022


Sejak tempahan dibuka, Perodua telah berjaya mencatatkan tempahan berjumlah 4,303 unit dalam tempoh sembilan hari, sementara penghantaran pertama pula akan dibuat serta merta pada keesokan harinya.

Malah, sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017, Myvi generasi ketiga ini telah pun terjual sebanyak 277,329 unit, menyumbang kepada jumlah keseluruhan Myvi sebanyak 1.3 juta unit!

Berikut merupakan spesifikasi ringkas untuk setiap varian Myvi 2022 facelift yang ditawarkan:

 

Myvi 1.3L G (RM45,700)

 

  • Enjin 1NR-VE 1.3 liter
  • 94 hp/121 Nm
  • Transmisi D-CVT
  • Penggunaan bahan api 22.2 km/liter (4.5 liter/100 km)
  • bampar hadapan baharu
  • unit lampu utama baharu
  • gril hadapan baharu kemasan perak metalik
  • cermin sisi hitam
  • tempat duduk fabrik
  • pintu auto kunci (mengikut kelajuan)
  • 4 beg udara
  • ABS, EBD, VSC, TRC, ESS, peringatan tali pinggang keledar, ISOFIX


Myvi 1.3L G (RM47,700)

tambahan kepada ciri di atas

  • ASA 3.0 - amaran pra-pelanggaran*, brek pra-pelanggaran*, amaran pergerakan kenderaan depan & kawalan salah operasi pedal
  • Bantuan Suluhan Tinggi (AHB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pengelakan Keluar Lorong (LDP)

*julat kelajuan 4-120 km/j untuk kenderaan termasuk motosikal, 4-60 km/j untuk pejalan kaki, siang dan malam (untuk kereta sahaja)

 

Myvi 1.5L X (RM49,900)


tambahan kepada ciri di atas

  • Enjin 2NR-VE
  • 102 hp/136 Nm
  • D-CVT
  • Penggunaan bahan api 21.1 km/liter (4.7 liter/100 km)
  • Cermin sisi boleh lipat automatik
  • Ciri pengaktifan arahan suara
  • Mod PWR

 

Myvi 1.5L H (RM53,900)


tambahan kepada ciri di atas

  • enam beg udara
  • skirt hadapan baharu
  • gril hadapan baharu, kemasan hitam berkilat
  • unit DRL LED
  • skrin infotainmen 6.9 inci dengan antaramuka baharu

 

Myvi 1.5L AV (RM58,800)

 
tambahan kepada ciri di atas
 

  • tempat duduk balutan kulit
  • kemasan merah pada corong pendingin hawa
  • skrin TFT MID 4.2 inci berwarna
  • kamera perakam pemanduan (DVR)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kawalan Pengekalan Lorong (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)


Aksesori GearUp

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan mengucapkan terima kasih kepada semua…
Berita Domestik
Namun, mungkin ada yang terperasan, penawaran Perodua Myvi untuk kali ini tidak menampilkan walau…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di media sosial Facebook, Perodua memuat naik sebuah gambar dengan kepilan khas…