Perodua Myvi DMM 204 Speedster sedia takluk S1K 2023 buat kali kedua!

oleh Mohamad Hanif|
Para pengunjung acara International Automodified 2023 (IAM) yang baharu sahaja berlangsung baru-baru ini pasti dapat melihat kelibat sebuah jentera lumba hatchback buatan tempatan, iaitu Perodua Myvi yang kini ditampilkan dengan liveri baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan yang sama menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lepas kini tampil dengan nama baharu, iaitu DMM 204 Speedster yang bakal disokong dan ditaja oleh pelbagai jenama terkemuka.
 

S1K


Untuk makluman, Myvi S1K ini masih lagi kekal sebagai Perodua Myvi pertama dan satu-satunya 'king' yang bertempur di acara perlumbaan Sepang 1,000KM.

Ia bukan sahaja berjaya menamatkan perlumbaan dalam cubaan kali pertama, Myvi S1K itu juga berjaya merangkul tempat ke-10 dalam kategori SP2V.
 

S1K


Untuk tahun 2023, DMM 204 Speedster bakal dipimpin oleh Ketua Pasukan, Datuk Dr. Zahari Husin, dibantu oleh Shafiq Rosli sebagai Pengarah Perlumbaan, Fariqe Hairuman (Pengarah Teknikal Perlumbaan), serta barisan pelumba yang terdiri daripada Faiz Sulaiman, Ashraff Dewal dan Aiman Haziq.

DMM Performance, sub-jenama DMM Sales yang menjadi pengedar sah Perodua di Malaysia bertindak sebagai penaja utama, dan bakal disokong oleh barisan jenama seperti Vort-X Malaysia, EXN, Wrap Autowerks, Raxer Wheels, Max Racing, AES, 4 Qul, Fawster, Recaro Malaysia, RnR Autosport, 204 Autoworks dan MS Racing.
 

S1K


Berikut merupakan spesifikasi ringkas jentera lumba Myvi S1K yang bakal menyertai Sepang 1000KM pada tahun ini:

Model asas: Perodua Myvi Gen 3 AV pra-facelift
Enjin: 1.5 liter standard tanpa sebarang modifikasi, penapis udara prestasi
Transmisi: Automatik empat kelajuan
ECU: standard
Ekzos: spesifikasi perlumbaan
Gantungan: Penyerap hentak boleh laras sepenuhnya
Brek: Angkup 4 omboh NThree Brake Specialist, pelapik brek endurance,
Rim: Raxer RP10X 15 inci
Tayar: Yokohama AD09 195/50/15