Perodua papar semangat persaudaran Keluarga Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Hari Kebangsaan tahun ini pastinya lebih meriah berbanding dua tahun lalu apabila pelbagai program diatur dan bakal diadakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.


Selain kemeriahan pelbagai program dan kibaran Jalur Gemilang menghiasi seluruh negara, rakyat Malaysia pasti turut menantikan video unik sempena Hari Kebangsaan 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Justeru, bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, Perodua membawakan sebuah video berjudul 'Di Mana Saja, Kita Satu Keluarga' untuk tontonan umum.

 

Dekat dengan hati Keluarga Malaysia

 

 

Video menarik ini memaparkan keunikan ragam dalam pelbagai situasi yang berkait rapat dengan rakyat Malaysia sepanjang menjalani kehidupan seharian.

 

Antara gelagat yang dipaparkan menerusi video berkenaan termasuk memanggil pelayan 'bos' ketika di luar negara, tawar-menawar harga dengan penjual serta menggunakan 'bah' ketika bercakap dengan rakyat Malaysia yang lain.

 

Keunikan ini bukan sahaja menjadikan kita sebagai sebahagian Keluarga Malaysia, malah menunjukkan kepelbagaian latar dan budaya yang kita miliki.

 

Daripada penggunaan isyarat tangan untuk menarik perhatian pelayan di restoran mamak sehinggalah cara menambah rencah tempatan ke dalam makanan membuktikan walau di mana jua berada, keunikan berkenaan dibawa bersama menjadikan rakyat Malaysia mudah dikenali.

 

Lantas, ia dapat menyerlahkan kemesraan dan semangat persaudaraan bagai sebuah keluarga sekali gus mengukuhkan jalinan sesama kita untuk bersatu hati dalam menempuh apa jua cabaran.

 

Perodua mengucapkan selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Semalam, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Polis Bukit Aman ‘menembak jatuh’ empat dron yang…
Berita Domestik
  "Sebelum itu, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan satu dron…
Berita Domestik
Dengan tajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek ini memaparkan elemen patriotik yang…