Perodua pecah rekod, berjaya edar 27,858 kenderaan bulan Oktober 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Oktober 2021, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 27,858 unit kenderaan berikutan peningkatan pengeluaran ndan penghantaran kenderaan yang pantas kepada para pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, Perodua juga mensasarkan untuk menghantar sebanyak mungkin kenderaan sepanjang tempoh suku keempat tahun 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian ini mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit kenderaan yang terjual sepanjang September 2021.

"Kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran terutama bagi tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, 8,716 unit daripadanya adalah Perodua Myvi, diikuti Axia (5,973 unit), Bezza (5,257 unit), Ativa (3,973 unit), Alza (2,553 unit) dan Aruz (1,341 unit).

Sepanjang bulan Oktober 2021, Perodua menyaksikan jumlah kenderaan tertinggi yang pernah dikeluarkan dengan catatan sebanyak 29,803 unit dalam tempoh sebulan.

Meskipun pencapaian tersebut adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa Perodua, namun kakitangannya masih mampu meningkatkan produktiviti dengan tahap kualiti yang sama, walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

Setakat tahun ini, Perodua mencatatkan sejumlah 146,951 unit kenderaan dari Januari-Oktober, atau penurunan sebanyak 14.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (171,861 unit).

Tambah Dato' Zainal, tempoh berbaki dua bulan untuk tahun ini akan menjadi satu cabaran memandangkan Perodua dan ekosistemnya masih menghadapi cabaran bekalan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas kesabaran dan kefahaman mereka dari segi penghantaran kenderaan," ujarnya lagi.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…