Perodua sambut baik NAP 2020

oleh Mohamad Hanif|
Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang diumumkan baru-baru ini memperlihatkan konsistensi dalam dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang merupakan tulang belakang industri automotif negara.

Sepanjang dekad yang lalu, Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5 bilion daripada pembekal tempatan – dengan RM5.4 bilion pada tahun lepas sahaja – dan tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan hampir RM6 bilion untuk membeli komponen automotif tempatan.

Pembelian sejumlah ini mengekalkan dan memperkasakan ekosistem automotif Malaysia, sekaligus menyumbang kepada ekonomi, pekerjaan dan pembangunan negara.

Turut konsisten adalah komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah menerima pelaburan daripada banyak pemain industri.
 


Perodua merupakan pengeluar EEV pertama dan terbesar di Malaysia. Setakat ini, kami telah menghasilkan dan menjual lebih 800,000 EEV.

Mengenai Industri 4.0, Perodua amat menyokong penggabungan teknologi, khususnya penggabungan teknologi komunikasi dengan automotif. Kami telahpun membuka langkah di dalam bidang ini untuk produk-produk kami.

Mengenai teknologi autonomi, Perodua, dengan bimbingan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan, telahpun membuka langkah dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan yang paling penting, kami telah menjadikannya mampu dimiliki orang ramai.

Teknologi ini akan ditambahbaik sejajar dengan matlamat kami untuk memberikan mobiliti kepada rakyat Malaysia yang lebih selamat dan menawarkan nilai yang lebih baik.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beberapa langkah dan perancangan berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) akan diusahakan…
Informasi
  Beliau berkata, dasar itu juga menyasarkan peningkatan TIV kepada 1.22 juta unit dan eksport…
Berita Domestik
Hal ini didedahkan sendiri oleh UMW Toyota dalam satu siaran media berhubung Dasar Automotif…