Perodua tawar pakej servis AUTO RAHMAH 2023 - diskaun 30 peratus untuk pemilik Axia, Bezza

oleh Mohamad Hanif|

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Perodua memperkenalkan pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 bertujuan untuk mengurangkan impak kenaikan harga barangan kepada para pemilik Perodua.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Pakej servis khas itu merupakan maklum balas kepada Pakej AUTO RAHMAH yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program PAYUNG RAHMAH.

Pakej Perodua Auto Rahmah 2023 itu menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk jumlah keseluruhan di dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh, dan tertakluk kepada pemilik model Axia dan Bezza sahaja.

Untuk melayakkan diri, pemilik Axia dan Bezza perlu membuat temu janji di pusat servis Perodua berhampiran, di mana kempen ini berlangsung bermula 12 April hingga 15 Mei 2023.
 

perodua


Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, "“Pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 ini adalah khusus buat pelanggan Axia dan Bezza kami yang membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa yang sama mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Axia dan Bezza adalah model kami yang paling popular dan digunakan secara meluas sebagai mod pengangkutan utama oleh para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin memastikan usaha yang dibuat dapat dinikmati oleh golongan sasar dan memberikan ketenangan semasa memandu.

“Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah.”

Berita Berkenaan

Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…