Perodua tawar pemeriksaan percuma, rebat dan diskaun kenderaan mangsa banjir

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.


Pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan nilai tambah ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu.

 

"Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir," katanya.

 

"Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.

"Alat ganti tulen kami dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan kami meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka," katanya.

 

Alat ganti ini merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.

 

Pelanggan Perodua, yang kenderaannya rosak akibat banjir digalakkan menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…