Perodua tetapkan sasaran tertinggi dalam sejarah - 265,901 unit untuk 2022

oleh SALINA JALIL|
Perodua mahu menghasilkan sebanyak 265,901 unit kenderaan untuk tahun 2022, sasaran tertinggi dalam sejarah syarikat tersebut.


Sasaran itu ialah 37.5 peratus lebih tinggi dari apa yang tercapai dalam tahun 2021, iaitu sebanyak 193,400 unit.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Model Myvi akan terus menjadi model paling banyak dihasilkan, dengan sasaran sebanyak 67,000 unit, atau 26 peratus dari jumlah keseluruhan pengeluaran.

 

Ini diikuti dengan model Bezza (24 peratus), Axia (23 peratus), Ativa (12 peratus), Alza (9 peratus), Aruz (5 peratus) dan lain-lain model (1 peratus).

 

Untuk mencapai sasaran itu, Perodua akan mempercepatkan jangka masa penghasilan kenderaan dari 1.45 minit kepada 1.35 minit seunit. Kerja waktu tambahan (overtime) juga dijangka meningkat kepada 3.5 jam sehari.

 

ceo

 

Datuk Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua mengaku pihaknya akan melakukan sedikit pelaburan kepada fasiliti pengilangan perodua.

 

“Contoh pelaburan itu ialah peningkatan tenaga kerja. Namun begitu, kilang Perodua Global Manufacturing sudah dibina dengan kebolehan penghasilan kenderaan (takt time) secepat 1.0 minit,” terangnya.

 

Zainal berkata peningkatan pembuatan sebenarnya akan membabitkan pelaburan dalam bidang penghantaran (delivery) dan Perodua akan melihat pelaburan terbaik untuk memastikan ia tidak perlu membesarkan kemudahan fasiliti penyimpanan kenderaan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Paultan, MCE Holdings, menyatakan bahawa anak syarikatnya Multi-Code Electronics Industries…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, kesemua laporan pengujian semula tersebut…