Perodua uji pengganti Kembara - dijangka lancar awal tahun 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar-gambar risikan yang tersebar luas di media sosial dan yang dikongsi oleh laman web automotif terkenal PaulTan.org nampaknya membuatkan ramai percaya Perodua sedang menguji pengganti Alza.

Careta turun menyiasat kerana setahu Careta, pengganti Alza itu bukannya dalam masa terdekat.

Hasil risikan Careta mendapati bahawa benar, ia bukan pengganti Alza.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta Alza dengan ekor panjang itu adalah satu ujian untuk platform baharu Perodua.

"Ia bukan wagon, dan ia bukan apa yang disangkakan," ujarnya tanpa mahu memberitahu lebih berkaitan projek itu.

Apa yang pasti, dalam perancangan Perodua ialah sebuah kenderaan kecil yang bakal hadir seawal tahun 2021.

Jangkaan Careta ialah SUV segmen A seperti yang dipamerkan ketika pameran KL International Motor Show tahun ini - Perodua X-Concept.

Projek D55L ialah satu lagi projek SUV yang digembar-gemburkan oleh ramai. 

 

 

Walaupun beberapa orang "haters" kurang bijak percaya Perodua tidak pernah membuat kenderaan mereka di Malaysia, nampaknya visual-visual kenderaan ini naik dan turun Genting (hinggakan hari ini juga ada yang melaporkan ia ada kelihatan naik Genting) membuktikan Perodua memang selama ini membuat ujian mereka di Malaysia juga.

SUV segmen A masih kekurangan di dalam pasaran dan kejayaan Suzuki Jimny baharu di pasaran luar memang mengejutkan.

Sayangnya, harga Jimny itu terlalu mahal di kesemua negara yang telah dilancarkan.

 

 

Sememangnya ada ruang kosong untuk sebuah SUV segmen A di rantau ini dan Careta percaya dengan reputasi jenama Jepun, produk itu boleh berjaya di pasaran-pasaran yang matang seperti Thailand dan Indonesia di mana pembeli di sana lebih mementingkan rekod durabiliti, harga sevis yang mampu dan khidmat jual balik yang terbukti.

* Gambar utama dari PaulTan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dari segi dalaman, kami sedang berdepan beberapa masalah pengeluaran berkaitan QV-E. Kami sudah…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata berdasarkan…
Berita Domestik
"Dengan pengenaan duti import tambahan sebanyak 30 peratus dan duti eksais 10 peratus ke atas…