Perodua umum pemenang lakaran rekabentuk Eco Challenge 2017

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Cabaran Perodua Eco Challenge 2017 (PEC 2017), yang telah dianjurkan oleh Perodua Malaysia kini telah memasuki fasa yang kedua.

PEC 2017 ini telah disertai oleh 10 institusi pengajian tinggi terpilih yang akan mereka cipta peralatan dan aksesori untuk bertanding bagi pusingan akhir pada bulan November ini.

Dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, Perodua turut mengumumkan pemenang bagi pertandingan lakaran rekabentuk untuk PEC 2017.

Sepuluh universiti yang terlibat dalam PEC 2017 ini adalah Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Segala proses yang dilalui oleh pelajar dalam pertandingan ini dapat membantu mereka untuk menjadi lebih yakin dan bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan” kata Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Sejak dilancarkan pada tahun 2009, Cabaran Perodua Eco Challenge dapat menawarkan para pelajar dan ahli fakulti daripada institusi pengajian tinggi untuk menunjukkan kreativiti dalam rekabentuk, kejuruteraan dan juga perniagaan.

Bagi tahun ini, institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam PEC 2017 telah memfokuskan untuk bahagian Research & Development (R&D) dan akan bekerjasama dengan kumpulan R&D Perodua dan juga vendor untuk menghasilkan prototaip bahagian dan aksesori.

Setiap prototaip yang telah dibangunkan akan dinilai pada November 2017 nanti. Pemenang utama cabaran PEC 2017 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM83,500.

 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…