Persidangan EV 2023 - Malaysia sasar pelaburan RM20 bilion untuk EV menjelang 2025

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia mensasarkan pelaburan berkaitan Kenderaan Elektrik (EV) sebanyak RM20 bilion menjelang tahun 2025, dan jumlah itu akan meningkat kepada RM40 bilion dalam tahun 2030.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga bercadang mahu menjadikan Malaysia sebagai salah elemen penting dalam ekosistem penghasilan dan pembuatan EV serta menjadi pilihan utama sebagai rakan teknologi untuk EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Lim Bee Vian berkata pihaknya telah meluluskan sebanyak 26 projek berkaitan EV bernilai RM14.7 bilion, dari tempoh 2018 sehingga September 2022.

"Projek-projek itu termasuk sektor pemasangan, pembuatan komponen dan komponen pengecasan," ujar beliau.

MIDA juga dilaporkan akan membawa masuk pelaburan yang akan membangunkan ekosistem EV, terutama dalam komponen-komponen kritikal.

Lim mendedahkan MIDA sedang berunding dengan beberapa syarikat terkemuka untuk menjamin pelaburan berkaitan EV tetapi beliau enggan mendedahkan nama syarikat-syarikat tersebut.

"Apa yang pasti, syarikat-syarikat itu mempunyai perancangan yang besar untuk pembangunan EV," sambung Lim.

Persidangan EV 2023 itu adalah anuran bersama MIDA dan Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) di ibupejabat MIDA hari ini.

Ia dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di bawah ialah beberapa kejayaan dan perincian negara berkaitan dengan pembangunan industri EV. 

  • Malaysia menerima pelaburan dari syarikat Korea Selatan seperti SK Nexilis dan IMM Technology untuk pengeluaran komponen bateri EV
  • Samsung SDI Energy Malaysia melabur RM1 bilion dalam fasa pertama mereka di Negeri Sembilan dan mula mengeluarkan bateri EV pada bulan Mei 2022. Kapasiti tahunan kilang itu ialah 240 juta sel bateri setahun. 
  • Samsung juga bercadang untuk menambah lagi pelaburannya sebanyak RM6 bilion untuk membuat bateri EV canggih bermula Januari 2024 dengan kapasiti sebanyak 700 juta sel bateri setahun, dengan 1,300 peluang pekerjaan.
  • EVE Energy Sdn Bhd, pengeluar bateri terkemuka dari China telah mengumumkan pembangunan hab pengeluaran di Malaysia untuk penghasilan bateri lithium ion silinder bagi kegunaan kenderaan elektrik dua roda dan alatan kuasa.
  • Volvo akan mengumumkan pemasangan EV pertama mereka di Shah Alam, Selangor.
  • Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sudah mengumumkan Malaysia akan mempunyai 10,000 pengecaj EV menjelang 2025. Negara kini mempunyai 900 poin pengecaj EV.
  • Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong berkata malaysia mensasarkan 15 peratus dari jumlah jualan tahunan kenderaan (TIV) terdiri dari xEV (kenderaan EV, hibrid dan plug-in hibrid) menjelang 2030. Negara mempunyai 15,000 unit kenderaan xEV pada 2022.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, inisiatif MIDA ini memberikan…
Berita Domestik
MIDA berkata pasaran ASEAN menjadi tumpuan Hyundai sebagai pasaran baharu untuk menggantikan China…
Berita Domestik
Kilang itu akan mempunyai had pengeluaran sebanyak 50,000 tan setahun dan ia adakah kilang…