Persimpangan bertingkat tersebut bakal memberi kesan kepada mereka yang datang dari arah Johor Bahru dan mahu ke Yong Peng, Batu Pahat atau Segamat.
Laluan alternatif yang dicadangkan oleh PLUS ialah seperti di bawah:
Penutupan persimpangan bertingkat itu bagaimanapaun tidak akan mengganggu pengguna-pengguna yang hendak masuk ke lebuhraya menggunakan Plaza Tol Yong Peng (Utara) itu.
Laluan masuk di plaza tol itu masih beroperasi seperti biasa.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur juga masih boleh keluar menggunakan Plaza Tol Yong Peng (Utara) untuk ke Yong Peng, Batu Pahat dan Segamat.
PLUS meminta semua pengguna merancang perjalanan dan memberikan kerjasama ketika menggunakan lebuhraya tersebut.