Pertamina umum harga baharu bahan api Indonesia

oleh Qalif Latif|
PT Pertamina (Persero), syarikat minyak dan gas nasional Indonesia, telah mengumumkan penyelarasan baharu harga bahan bakar minyak (BBM) jenis bukan subsidi bermula 1 Julai 2025. Kenaikan ini dilaksanakan mengikut ketetapan terkini oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia.

Kenaikan harga ini melibatkan produk popular seperti Pertamax, Pertamax Turbo, dan varian lain yang biasanya digunakan oleh kenderaan berprestasi tinggi di Indonesia.

Berikut adalah senarai harga baharu BBM Pertamina di DKI Jakarta dan anggaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM):

  • Pertamax (RON 92): Rp12,500/liter ≈ RM3.63

    • Sebelumnya: Rp12,100/liter ≈ RM3.51

  • Pertamax Turbo (RON 98): Rp13,500/liter ≈ RM3.92

    • Sebelumnya: Rp13,050/liter ≈ RM3.79

  • Pertamax Green (RON 95): Rp13,250/liter ≈ RM3.84

    • Sebelumnya: Rp12,800/liter ≈ RM3.71

  • Dexlite (Diesel CN 51): Rp13,320/liter ≈ RM3.86

    • Sebelumnya: Rp12,740/liter ≈ RM3.69

  • Pertamina Dex (Diesel CN 53): Rp13,650/liter ≈ RM3.96

    • Sebelumnya: Rp13,200/liter ≈ RM3.83

  • Pertamax di Pertashop: Rp12,400/liter ≈ RM3.60

 

Sementara itu, harga BBM subsidi seperti Pertalite (RON 90) dan Solar subsidi masih dikekalkan tanpa sebarang perubahan.

Menurut kenyataan rasmi, pelarasan ini dibuat berdasarkan Kepmen ESDM No. 245.K/MG.01/MEM.M/2022, yang menjadi rujukan formula pengiraan harga jualan runcit BBM jenis petrol dan diesel yang disalurkan melalui SPBU (Stesen Pengisian Bahan Bakar Umum).

Pertamina

Nota tambahan:

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada CNBC Indonesia, pihak berkuasa sedang meneliti Peraturan Presiden Nomor…
Berita Global
Indonesia sebenarnya memproses minyak mentah untuk kegunaan domestik mereka, dan ditambah dengan…
Berita Global
Diesel hijau pula dihasilkan melalui proses penapisan bersama minyak fosil mentah dan hasil sawit…