Pertandingan Castrol Bikes Super Mechanic - Pasukan Wilayah Selatan wakil Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Berikutan kejayaan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic Contest 2018, Castrol telah meneruskan pencarian mekanik terbaik, kali ini untuk edisi dua-roda, melalui Castrol Bikes Super Mechanic Contest 2018.

Selepas berhempas-pulas selama empat bulan dalam pertandingan, pasukan Selatan telah dinobatkan sebagai juara. Pasukan ini berjaya mengetepikan hampir 2,000 mekanik lain dari serata Malaysia.

CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L Lechumanan, membawa pulang hadiah utama bernilai RM12,800 setiap seorang setelah menewaskan lima pasukan lain di Peringkat Akhir pertandingan. 

 

Saravanan dan Sivananthan merupakan wakil Soon Tat Motor Enterprise manakala Tee Kok Jing mewakili Sin Yung Hin Motors.

 

Castrol Bikes Super Mechanic Contest 2018 edisi Malaysia bermula pada April 2018 dengan pencarian mekanik terbaik dari seluruh negara. Sejumlah 18 mekanik yang membentuk enam pasukan yang setiap satunya dianggotai oleh tiga orang, berjaya ke peringkat separuh akhir.

 

Pada peringkat separuh akhir, enam pasukan itu diuji dari segi pengetahuan teori. Tiga pasukan teratas layak untuk terus ke sesi praktikal manakala yang lain dikenakan penalti selama tujuh minit sebelum memasuki sesi yang sama. Kesemua pasukan kemudiannya bertanding dalam cabaran pengetahuan praktikal untuk menjulang juara Castrol Bikes Super Mechanic Team di Malaysia. 

 

Ahli-ahli dari The Automotive Education & Technical School, School of Skills turut hadir untuk menyalurkan kemahiran mereka menerusi panel pengadil.

 

Pasukan juara akan mewakili Malaysia di pertandingan Castrol Asia Pacific Bikes Super Mechanic Contest 2018 di Bangkok, Thailand, November ini, di mana mereka akan berentap dengan mekanik-mekanik terbaik dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan India.

 

Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Malaysia telah berkata, “Castrol berbangga menjadi nama utama dalam menaik taraf dan memberi dorongan kepada wira-wira negara yang tidak disenandungkan iaitu golongan mekanik. Kami menghargai, mengiktiraf dan menganugerahkan mereka yang berkemahiran dalam bidang masing-masing. Kami sangat bangga dengan pasukan pemenang yang akan mewakili Malaysia di peringkat akhir Castrol Asia Pacific Bikes Super Mechanic dan ingin mengucapkan selamat berjaya kepada
mereka”.


Saravanan dan Sivananthan dari Soon Tat Motor Enterprise pula berkata “kami berterimakasih kepada Castrol kerana memberikan kami peluang untuk menonjolkan bakat malah mempelajari kemahiran baru daripada mekanik lain yang turut menyertai peraduan ini di samping memberi kesempatan untuk kami terus memperbaiki diri dan melonjakkan nama kami di luar sana. Kami akan membawakan semangat “Malaysia Boleh” dengan gagah dan megah di peringkat akhir Castrol Asia Pacific Bikes Super Mechanic."

Pemenang kedua dan ketiga dianugerahkan kepada pasukan-pasukan dari Wilayah Tengah

.
Untuk maklumat lanjut mengenai Castrol dan produk-produknya, layari www.castrol.com/my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru,  dipilih menjadi sebagai…
Pelancaran
Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1…
Berita Domestik
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh kumpulan mekanik daripada Wilayah Selatan…