Pertandingan Seni Lukis VIA Creative Keselamatan Pejalan Kaki Peringkat Kebangsaan

oleh Penyumbang Rencana 2|
Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Total Energies Foundation memperkenalkan Inisiatif Baru Keselamatan Pejalan Kaki melibatkan kanak-kanak sekolah (10-16 tahun) dengan menggunakan pendekatan seni lukis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Inisiatif baharu ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak industri Total Energies Marketing dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Tambahan lagi, ia telah disertai oleh 80 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh tanah air dengan hasil lukisan bertemakan “Perjalanan Selamat Ke Sekolah”. Pemenang peringkat kebangsaan Poster Via Creative Malaysia akan mewakili negara ke pertandingan Via Creative Antarabangsa melibatkan 30 buah negara.

Pemenang global bakal menerima hadiah utama trip perjalanan ke Paris,Perancis yang ditanggung sepenuhnya oleh Total Energies Foundation untuk 5 orang ahli kumpulan pelajar serta seorang guru sekolah.

Tarikh penjurian akan berjalan pada 6 Oktober 2022 (Khamis) bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Bertempat di Foyer, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Sebarang maklumat lanjut mengubungi Cik Halimatus Mansor atau  boleh layari laman sesawang [email protected] atau terus hubungi di talian 013-382 2000.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…