Pertandingan Toyota Dream Car Art Global 2017

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua orang kanak-kanak cilik Malaysia telah dipilih daripda 830,000 peserta daripada 79 negara seluruh dunia dalam Pertandingan "Toyota Dream Car Art Global" yang telah berlangsung di Jepun pada 23 Ogos yang lalu.

 

Lim Xiao Yun telah memenangi pingat perak dalam kategori yang disertai. Pertandingan "Toyota Dream Car Art" telah diperkenalkan pada tahun 2004 untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai kepentingan mempunyai cita-cita dan memupuk minat terhadap kereta.

 

Pertandingan "Toyota Dream Car Art" ini dibuka kepada tiga kategori untuk kanak-kanak. Selepas proses pemilihan, sepuluh peserta daripada setiap kategori dengan idea inovatif dan futuristik dipilih untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

 

Dalam pertandingan sengit yang berlangsung, dua pemenang dari Malaysia telah dipilih sebagai finalis di peringkat antarabangsa. Choo Han Yean, tujuh tahun dan Lim Xiao Yun, 11 tahun yang memenangi pingat perak.

 

Toyota Art Contest

Lim telah mencipta kereta idaman beliau dengan tema "My Save Our Earth Dream Car" dengan objektif untuk melindungi bumi daripada radiasi ultra violet.

 

Presiden UMW Toyota Motors, Ravindran. K meluahkan kegembiraan diatas kejayaan dua orang peserta dari Malaysia yang bertanding di peringkat antarabangsa. Beliau turut mengucapkan tahniah diatas usaha dan kreativiti mereka.