Pertukaran teraju agensi keselamatan jalan raya

oleh Shahrim Tamrin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usaha meneraju penyelarasan komunikasi dan perlaksanaan pelan keselamatan jalan raya kini mengalami angin perubahan pantas apabila Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa telah menerima notis pertukaran pada minggu lalu ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau telah diminta melapor diri di JPA hari ini selepas mengetuai JKJR selama dua tahun dan juga setelah bertugas selama 12 bulan di Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pengangkutan.

Perpindahan Rosli ke JPA mengejutkan ramai pejuang keselamatan jalan raya termasuk juga mereka yang berada dalam kajian akademik berserta mereka yang telah berkerja keras demi agenda mengurangkan nahas jalan raya.

Datuk Rosli Isa ditemubual oleh RTM ketika menjalankan kempen keselamatan jalan raya bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak di Miri pada 27 April lalu

Rosli yang dilihat sebagai pentadbir yang tegas dan teratur di kalangan aktivis keselamatan jalan raya, telah menggariskan beberapa panduan pelan antara lainnya menjadikan Putrajaya sebagai bandar selamat dan program duta keselamatan jalan raya untuk pelbagai peringkat seluruh negara.

Di bawah pentadbirannya, JKJR telah menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael untuk Projek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Kerjasama rapat Rosli dengan kumpulan penunggang iaitu kumpulan dari kalangan penunggang motosikal berkuasa besar dan pengguna 'kapcai' pasti akan dirindui," kata seorang pegawai kanan JKJR.

Careta dimaklumkan bahawa pegawai yang kini mengetuai JKJR sebagai Ketua Pengarah yang baru adalah Mohd Nasri Ishak. Beliau dijangka melaporkan diri pagi ini di ibu pejabat JKJR.

Mohd Nasri Ishak ketika menjawat jawatan Pengarah Imigresen KLIA & klia2

Sebelum ini, Mohd Nasri adalah merupakan Pengarah Imigresen di KLIA dan klia2 sejak Mei 2017. Beliau merupakan antara nadi penting penguatkuasaan Imigresen sejak sekian lama. Antara jawatan Nasri sebelum ini adalah pengarah Imigresen Kuala Lumpur dan Johor.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebaliknya kakitangan JKJR akan terus berkhidmat di JPJ bagi menjalankan tugas sebagai peneraju…
Informasi
  “Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain,…
Berita Domestik
  Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam garis panduan CRS itu termasuk kelulusan pensijilan,…