Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model generasi baharu tersebut bakal mendapat trenkuasa berelektrik sama ada enjin hibrid atau EV sepenuhnya.
Menurut kenyataan terkini daripada wakil Subaru (dipetik daripada laman Road & Track), adalah tidak masuk akal untuk Subaru terus menghasilkan model STI pada masa kini.
Pengarah Komunikasi Korporat Subaru, Dominick Infante berkata, "sekiranya kami membangunkan (STI baharu), ia bakal menjadi model yang paling singkat jangka hayatnya disebabkan perubahan peraturan emisi yang sangat pantas.
Walaupun Subaru kini sedang bekerjasama dengan Toyota untuk menawarkan lebih banyak kenderaan elektrik pada masa akan datang, ia tidak membawa maksud pengakhiran kepada subjenama STI yang ikonik itu.
"STI masih lagi wujud," tambah beliau dengan merujuk kepada pengenalan beberapa buah model konsep STI di acara Tokyo Auto Salon tahun ini, seperti STI E-RA, serta model BRZ, WRX S4 dan Levorg Performance STI.
Sumber: Road & Track