Peruntukan RM30 juta feri Pulau Pinang untuk kelangsungan operasi

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan feri di Pulau Pinang.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu akan dibayar kepada Pelabuhan Pulau Pinang sebagai badan yang mengambil alih operasi perkhidmatan pengangkutan terbabit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran membabitkan RM15 juta akan dibayar pada 2021 seperti diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

 

"Baki RM15 juta akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan," katanya pada sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat, semalam.

 

Terdahulu isu berkenaan dibangkitkan, ketika sesi perbahasan susulan pengumuman Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bagi menggantikan perkhidmatan itu dengan bot penumpang laju berkuat kuasa 1 Januari hadapan.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang bulan ini, PPSB sentiasa memantau komen orang ramai dan kebimbangan mengenai…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Berita Domestik
  "Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika…