Pesaing F-150 Lightning, Chevrolet Silverado EV 2024 dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Ford mungkin sedang bergembira dengan jumlah tempahan yang diterima untuk model F-150 Lightning, namun trak pikap elektrik itu kini menerima pencabar baharu - Chevrolet Silverado EV 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak menggunakan asas daripada model Silverado sedia ada, Chevrolet membangunkan trak pikap elektrik ini dari kertas kosong, dengan reka bentuk trak pikap unibodi seperti yang pernah muncul menerusi model Chevrolet Avalanche.

Dari segi kuasa, Silverado EV ini didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang mampu  menghasilkan kuasa setinggi 664 hp dan daya kilas 1,063 Nm.
 

Silverado EV


Masuk kepada mod Wide Open Watts (WOW), trak pikap ini mampu memecut sepantas 4.5 saat dari pegun sebelum mencapai 96 km/j.

Pek bateri Ultium membenarkan jarak sejauh 644 km untuk sekali cas penuh, sementara pengecasan pantas DC 350 kW pula menambah jarak sejauh 161 km dalam tempoh 10 minit sahaja.

Silverado EV mempunyai keupayaan membawa muatan seberat 590 kg atau menunda trailer seberat 4,536 kg tanpa sebarang masalah.

Terdapat dua varian awal ditawarkan, bermula dari varian asas WT dengan kuasa direndahkan kepada 510 hp dan 834 Nm, serta keupayaan menunda beban seberat 3,629 kg sahaja.
 

Silverado EV


Versi yang lebih lengkap RST pula mendapat kelengkapan tambahan seperti stereng roda belakang, suspensi udara adaptif automatik, ciri Super Cruise, serta ciri bed belakang yang boleh disesuaikan dinamakan sebagai Multi-Flex Midgate - pernah wujud pada model Chevrolet Avalance.

Ciri ini membolehkan ruang kargo di belakang diperbesarkan sehingga ke dalam ruang kabin, dan boleh memuatkan barangan sepanjang sehingga 3.3 meter.

Tidak cukup dengan ruang di belakang, Chevrolet Silverado EV juga menawarkan storan tambahan pada 'ruang enjin' yang digelar sebagai eTrunk.
 

Silverado EV


Ruang kabin pula menempatkan skrin sebesar 17 inci, skrin kluster instrumen 11 inci, paparan head up sebesar 14 inci, serta sistem operasi infotainmen Ultifi yang dibangunkan oleh GM.

Harga jualan Silverado EV 2024 ini bermula dari $41,595 (RM174,699) sementara versi RST First Edition pula berharga $105,000 (RM441,000).

Produksi Silverado EV ini akan bermula pada tahun 2023.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sekiranya anda mahukan sebuah pekerjaan yang sangat cool, kami ada satu contoh menarik untuk anda…