Pesanan khidmat masyarakat: hati-hati memandu di belakang trak penuh muatan

oleh Mohamad Hanif|
Sekali pandang, anda mungkin akan menyangka bahawa nyawa pemandu Honda Civic ini sudah pun terkorban akibat sekeping kayu plywood yang melayang cermin hadapan kereta tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan daripada akaun Twitter Brevard Country Fire Rescue, kejadian tersebut berlaku di Interstate 95 pada waktu tengah hari sehingga hampir menyebabkan kehilangan nyawa pemandu Civic tersebut.

 

Kejadian ini berpunca daripada muatan kepingan kayu plywood yang tidak diikat kemas pada sebuah trak yang kemudiannya melayang ke arah belakang. 

 


Nasib tidak baik apabila kayu plywood yang melayang itu bergerak seumpama senjata ninja dan menembusi cermin hadapan Honda Civic tersebut sebelum pergerakan kayu tersebut dihentikan oleh tiang-A yang kukuh. 

Menurut laporan pihak berkuasa, mereka mengesahkan bahawa pemandu Honda Civic tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, malah enggan untuk menerima bantuan pengangkutan daripada mereka. 

Sebagai seorang pengguna jalan raya yang prihatin, Careta nasihatkan anda supaya sentiasa memeriksa kandungan muatan kargo anda supaya sentiasa kemas dan selamat dan tidak akan mengakibatkan kemalangan kepada para pengguna jalan raya yang lain.

Sentiasa peka dengan isyarat yang mungkin akan diberikan oleh para pengguna jalan raya lain yang menyedari bahawa muatan anda boleh membahayakan, oleh kerana tiada siapa pun yang ingin mengajak lori ataupun trak anda berlumba.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Informasi
Menurutnya, semasa kejadian, kenderaan yang dipandu seorang lelaki dari arah utara menghala selatan…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…