Pesawat A380 Singapore Airlines ditukar sebagai restoran mewah

oleh SALINA JALIL|
Pelbagai kaedah 'di luar kotak' perlu difikirkan oleh syarikat penerbangan yang terkesan dengan pandemik COVID-19, terbaharu adalah pengusaha industri penerbangan di Singapura yang mencari alternatif menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan restoran dalam pesawat.


Pada hari Sabtu lalu, buat pertama kalinya dua pesawat Singapore Airlines ditukar kepada restoran yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung menikmati makanan tengah hari sambil menonton filem di tempat duduk masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lebih 400 pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di Lapangan Terbang Changi sebelum menaiki pesawat Singapore Airlines untuk menjamu selera.

 

Syarikat penerbangan yang membuang ribuan pekerja dan 'merehatkan' hampir semua pesawatnya tahun ini menawarkan pengunjung menjamu selera di dua pesawat penumpang terbesar di dunia, A380.

 

Sebahagian daripada tempat duduk dibiarkan kosong sebagai mematuhi penjarakan fizikal.

 

Syarikat penerbangan itu menawarkan lapan hidangan dalam suite kelas pertama pada harga 642 dolar Singapura (RM1,967) serta 53 dolar Singapura (RM162) bagi tiga hidangan dalam kelas ekonomi.

 

Pengunjung juga berpeluang menjelajah pesawat dua tingkat itu dan merakamkan gambar kenangan bersama juruterbang dalam kokpit.

 

Kaedah makan dalam pesawat itu terbukti popular dan mendapat permintaan tinggi apabila syarikat penerbangan itu mengumumkan enam sesi tambahan.

 

Ia selepas 900 tiket hidangan tengah hari habis terjual dalam tempoh 30 minit ketika sesi tempahan dibuka awal bulan ini.

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam…
Informasi
  "Pada masa akan datang, ujian dan vaksin COVID-19 akan menjadi perkara yang penting dalam…