Pesawat Beechcraft Model 390 tersasar daripada laluan beberapa minit sebelum terhempas

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan pesawat ringan yang terhempas di Elmina didapati tersasar daripada laluan penerbangan sebenar, lapor Harian Metro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelasnya, pesawat itu sudah pun mendapat kebenaran daripada menara kawalan beberapa minit sebelum mendarat.

"Menara kawalan memaklumkan pesawat itu melencong ke kanan dari laluan penerbangan apabila hendak mendarat.

"Selepas diberikan kebenaran (mendarat), menara kawalan nampak asap tebal dari lokasi kejadian.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan seperti disahkan oleh CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) tadi, tiada panggilan kecemasan diterima menara kawalan daripada pesawat berkenaan," katanya pada sidang media di LTSAAS, di sini, hari ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Anthony berkata, pihaknya melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah digerakkan bagi mengesan kotak hitam pesawat itu yang sedang dijalankan ketika ini.

"Kita perlu siasat (punca) sebelum buat rumusan. Setakat ini, tiada apa-apa hasil siasatan yang dapat diberikan dan kita harap bersabar dan (orang ramai) tidak membuat sebarang spekulasi mengenai nahas ini.

"Setakat ini, pesawat itu didapati memiliki semua dokumen termasuk lesen dan pendaftaran. Masih terlalu awal untuk kita respons (punca nahas) sebelum siasatan dilengkapkan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Ia hanya untuk fasa pertama iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, bagi jangka sederhana, terminal…
Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…