Pesawat Delta terbalik ketika mendarat di lapangan terbang Toronto

oleh Penyumbang Rencana|
foto @Huberton/X pic
Sebuah pesawat Delta Airlines yang membawa 80 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson selepas tergelincir dari landasan yang dipenuhi salji tebal.

Insiden itu berlaku ketika pesawat Endeavor Flight 4819 yang berlepas dari Minneapolis mendarat dalam keadaan cuaca buruk.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak lapangan terbang mengesahkan semua penumpang dan anak kapal telah dikenal pasti selain pasukan kecemasan masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Toronto Pearson menyedari tentang insiden berkenaan ketika pendaratan yang melibatkan sebuah pesawat Delta Airlines dari Minneapolis.

"Menurut laporan awal, seramai lapan orang mengalami kecederaan, namun masih belum dapat disahkan," katanya.

Sementara itu, Polis Wilayah Peel, Konstabel Sarah Patten memaklumkan, kebanyakan penumpang telah keluar dari pesawat dan tidak mengalami kecederaan serius, namun pihak berkuasa masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pesawat berkenaan dalam keadaan terbalik di atas landasan yang diselimuti salji tebal.

Media tempatan melaporkan, Toronto menerima salji setebal sembilan inci sepanjang hujung minggu mengakibatkan pihak berkuasa terpaksa membersihkan landasan bagi memastikan operasi penerbangan berjalan lancar.

Dalam pada itu, Persatuan Atendan Penerbangan (AFA-CWA) mengesahkan bahawa kru mereka bertugas dalam penerbangan berkenaan.

“Laporan awal menyatakan tiada kematian dilaporkan.

 

CBS

Berita Berkenaan

Berita Global
FAA memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung insiden terbabit. Kejadian ini yang…
Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…
Berita Global
  Sekolah lain yang terbabit ialah San Gabriel Elementary, Graham Elementary, Tweedy Elementary,…