“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan insiden kemalangan berkenaan berkata seorang juruterbang serta pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku Ketika pesawat hendak berlepas dari landasan.
"polis sahkan kejadian berkenaan dan juruterbang serta pembantu juruterbang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut," Ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itum rakaman video dikongsi orang awam di media social menunjukkan enjin pesawat terbabit mengalami kebakaran Ketika berlepas
TUDM memiliki lapan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) dua enjin F/A-18D Hornet yang dibeli dari McDonnell Douglas (kini Boeing) dan diterima pada 1997.
Video tular di https://youtube.com/shorts/udtqILnt1ds?si=GoUxSnAQlA5qxgjP