Pesawat MH386 patah balik ke KLIA, alami masalah tekanan dalam kabin

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa jam 9.14 malam.

Menurut data dari Flight Radar, pesawat Airbus A330-300 dengan pendaftaran 9M-MTG itu mengisytiharkan kecemasan am sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Penerbangan itu menggunakan kod 7700 dan memulakan penurunan hingga 10,000 kaki yang menunjukkan kemungkinan masalah tekanan kabin.

Pesawat itu dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 70 minit di udara. 

 

Astro Awani