Pesawat ringan HondaJet paling laris terjual di dunia empat tahun berturut-turut

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun wabak pandemik COVID-19 yang melanda menjejaskan perniagaan di seluruh dunia, Honda Motor Co dalam satu kenyataan menyebut HondaJet berjaya menjadi perniagaan jet ringan terlaris di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.

Antara faktor yang yang mendorong kejayaan HondaJet adalah prestasi yang ditawarkan, ruang kabin yang luas serta kadar penjimatan bahan api yang baik.

Untuk tahun 2020, sebanyak 31 unit pesawat penumpang jet ringan telah diserahkan kepada pelanggan.

"Ketika COVID-19 menyebabkan penurunan secara keseluruhan kepada industri perniagaan jet peribadi, kami melihat keadaan ini sebagai satu peluang peralihan kepada mod pengangkutan yang lebih selamat dan lestari," ujar presiden dan CEO Honda Aircraft Co, Michimasa Fujino.

 


Setakat ini, lebih daripada 170 unit HondaJet yang beroperasi di seluruh dunia, semenjak penghantara unit pertama yang dibuat pada tahun 2015.

Tahun lalu, ia telah berjaya mendapat kelulusan yang diperlukan untuk melakukan operasi penerbangan di Rusia dan Pakistan.

Sementara itu, syarikat perdagangan Marubeni Corp telah melancarkan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan HondaJets untuk para pelanggan di Jepun, dengan cas sekitar 500,000 yen hingga 600,000 yen (RM19,015-RM22,818) untuk tempoh sejam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Mibe, pembangunan kereta sport sentiasa menjadi jiwa Honda. Bagi dia, kereta sport dan…
Berita Global
Pengeluaran model ini amat terhad, malah lebih jarang berbanding supercar eksklusif. Ia…
Berita Global
Plastik adalah bahan penting dalam pengeluaran kereta, ia digunakan dalam bumper, komponen dalaman…