Petisyen: Hampir 5,000 orang minta Ford Bronco versi manual untuk semua varian

oleh Mohamad Hanif|
Ford Bronco yang baharu dilancarkan bulan lalu ternyata mendapat perhatian daripada para peminat, sehinggakan Ford diberitakan mendapat kira-kira 230,000 tempahan dan giliran menunggu selama dua tahun!
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kelahiran semula Ford Bronco dengan transmisi manual turut diraikan, namun kotak gear tersebut hanya ditawarkan kepada varian Base, Big Bend, Black Diamond, dan Badland sahaja.

Lebih menyedihkan, anda tidak akan berpeluang untuk menikmati transmisi manual sekiranya memilih Bronco yang dilengkapi dengan pakej Sasquatch - pakej off-road yang menambah ciri seperti tayar mud-terrain 35 inci, suspensi yang lebih tinggi, kunci gandar depan dan belakang, fender flare dan peredam dari Bilstein.

Disebabkan itu, sebuah petisyen muncul di Change.org yang meminta Ford supaya memperluaskan penawaran transmisi manual untuk semua varian, termasuklah varian yang lebih tinggi seperti Outer Banks, Wildtrak dan First Edition (yang telah habis terjual).

Setakat artikel ini ditulis, hampir lima ribu orang telah menandatangani petisyen tersebut dan berharap penawaran tersebut turut diberikan kepada pakej Sasquatch yang disebutkan diatas.

Sumber: Change.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petisyen dalam talian bertajuk 'Save Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat' sehingga kini telah…