Petrol PERCUMA untuk penghantar makanan di stesen Petronas Tanjung Lumpur

oleh SALINA JALIL|
Penghantar makanan bermotosikal di sekitar bandar Kuantan boleh mengisi minyak petrol di Stesen Petronas, Tanjung Lumpur bermula hari ini hingga Jumaat.


Yang Dipertua Kelab Keluarga Yayasan Pahang, Onn Abdul Rahman berkata, inisiatif itu adalah bagi membantu meringankan beban kewangan kumpulan penghantar makanan yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Sumbangan petrol percuma ini adalah hasil sumbangan Yayasan Pahang dan  kakitangan yang menderma untuk program ini.

 

“Mereka ini adalah ‘unsung hero’ yang perlu diraikan dan kita harap bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka,”katanya selepas program ‘Free Petrol For Food Delivery Riders’ di stesen minyak Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata sebanyak RM2,000 diperuntukan bagi program itu yang boleh memanfaatkan kira-kira 200 penghantar makanan.

 

Sementara itu, seorang penghantar bermotosikal, Saufi Naqman, 22, berkata, inisiatif Yayasan Pahang itu sangat membantu mereka menjimatkan perbelanjaan mengisi petrol sebelum ini yang mencecah RM15 sehari.

 

“Kami berterima kasih kepada Yayasa Pahang dan semua yang terlibat dalam program ini yang membantu meringankan beban kami yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19,”ujarnya.

 

 

-K! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengguna motosikal 150cc ke bawah boleh mendapatkan isian petrol secara percuma di Stesen Minyak…