Petron bawa media uji prestasi Petron Turbo Diesel Euro 5 di Rainforest Challenge 2019

oleh Mohamad Hanif|
Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron memberikan satu lagi pengembaraan yang menyeronokkan untuk ahli media menerusi pengalaman eksklusif Rainforest Challenge (RFC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah satu daripada Sukan Kenderaan Terlasak Sepuluh Teratas di Dunia, dikuasakan oleh teknologi tinggi Petron Turbo Diesel Euro 5 – minyak Petron mesra alam dengan kuasa turbo.

Pengembaraan media “road trip” tahun ini akan mengumpulkan 15 media di negeri Pantai Timur untuk menyertai Acara Akhir pertandingan RFC tersebut, di mana mereka akan menyaksikan upacara pelepasan peserta di Hotel Grand Riverview Kota Bahru. 

450 peserta dari 20 negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan 4x4 tersebut untuk mengharungi salah satu hutan tropika padat di Malaysia di waktu musim tengkujuh.
 


"Dalam acara Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron yang unik ini, kami sangat teruja untuk mempamerkan prestasi TriAction Advantage dalam Petron Turbo Diesel Euro 5 semasa persaingan pacuan empat roda ‘off-roading’ yang sukar.

"Ini adalah kerjasama keempat kami bersama RFC, memacu perlumbaan diiktiraf secara global dan menekankan keupayaan Petron Turbo Diesel Euro 5 kami yang berteknologi tinggi, di mana ia memberikan kuasa yang lebih baik, perlindungan enjin yang sangat baik, dan lebih kilometer," kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia.

Petron Turbo Diesel Euro 5 telah lama terbukti dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak ia pertama kali menaja pertandingan tersebut pada 2016. 

Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangkan jangka hayat enjin. 
 


Bahan api juga memberikan peningkatan kualiti pencucuhan dan perlindungan terbaik terhadap hakisan. Dengan kandungan Sulfur yang sangat rendah sebanyak iaitu 10 bahagian per sejuta, ia sememangnya afalah 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan ekzos.

Formulasi asas prestasi Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah aditif premium TriAction Advantage. Ia mengandungi detergen untuk membantu membersihkan dan mengekalkan sistem inlet enjin bersih, dan pengubah geseran yang membantu mengurangkan geseran antara piston dan dinding silinder.

Choong menambah, "Dalam pertandingan di mana kemahiran dan mesin bersaing dengan alam, bahan api yang betul akan membantu kenderaan untuk mencapai prestasi yang unggul untuk menang. Kami berharap dapat berkongsi beberapa pengalaman ini dengan media semasa Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron ini."
 


Sementara itu, pengasas dan pencipta Rainforest Trophy Luis J.A. Wee menekankan cabaran perlumbaan tahun ini. "Tumpuan pada perlumbaan tahun ini akan menjadi sukar kerana pasukan akan cuba mengatasi 50 Peringkat Khas (SS). Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium."

Rainforest Challenge Grand Finale akan diadakan di Kelantan, dari 29 November hingga 9 Disember 2019. Ia adalah acara akhir dari RFC Global Series (RFCGS), sebuah litar perlumbaan ‘off-road’ di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara. 

Tahun ini, acara ini memberi tumpuan kepada aspek perlumbaan dengan sekurang-kurangnya 50 Peringkat Khas (SS), satu rekod untuk perlumbaan 4x4. Laluan ini akan membawa peserta merentasi Kota Bahru, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, dan akan berakhir di Gua Musang dengan karnival 2 hari (8 & 9 Dis).

Peringkat perlumbaan dinamakan Predator, Terminator, dan Zon Twilight yang termasuk mengemudi kencuraman dan pendakian, menyeberangi V gullies, paya tropika, dan mengemudi sekitar kolam lumpur. 
 


Kenderaan akan berhenti di stesen minyak Petron di Kota Bahru, Pasir Putih, Laloh dan Gua Musang untuk pengisian semula sebelum meneruskan perjalanan mereka melalui laluan ‘off-road’ bekas jalanan perhutanan balak yang sukar dan kasar di Kelantan.

Petron adalah penaja diesel rasmi dan rakan kongsi minyak enjin untuk 2019 Rainforest Challenge Grand Finale di Malaysia.

Turbo Diesel Euro 5 kini boleh didapati di lebih 190 stesen di Malaysia dan akan diperluaskan di lebih banyak lokasi pada masa akan datang.

 


Acara tahunan Pengembaraan Media Prestasi TriAction Advantage Petron adalah satu acara eksklusif untuk ahli media mengalami produk bertaraf dunia dan perkhidmatan peribadi di stesen minyak Petron. 

Selain daripada pengalaman off-road, Petron Malaysia turut membawa pihak media melawat beberapa tempat menarik seperti Galeri Wau Pak Sapie and Sons untuk merasai sendiri pengalaman membikin wau dari awal. 

Petron juga turut mengadakan pertandingan video antara media dengan menawarkan hadiah berupa Petron Miles yang bernilai sehingga RM1,900. 

Terima kasih kepada Petron Malaysia kerana sudi membawa kami berjalan-jalan di hujung minggu!